Sunday, 11 December 2011

HASILAN YOUTUBE UNTUK PECAHAN/FRANCTION

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kawan-kawan..


  • Setelah beberapa hari, siaplah 3 BUAH YOUTUBE BERTAJUK " PECAHAN/FRACTION " YANG SAYA HASIL KAN SENDIRI DI BAWAH INI.



  • Saya harap ianya sangat berguna untuk digunakan oleh semua kawan. Kalau ada sebarang kesilapan ataupun kesalahan maklumat, sila COMMENT agar dapat berkongsi maklumat.

Fraction Year 5.wmv

Saturday, 10 December 2011

APAKAH ITU PECAHAN ?


                     Apakah itu pecahan?



1. Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

2. Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.

3. Nombor 1 boleh diwakili oleh pecahan di mana pengangka dan penyebutnya
    adalah sama;

    Contoh: 2 / 2 ,   5 / 5  ,   7 / 7  dan sebagainya.

4. Bahagian-bahagian pada pecahan:

 a)     Pengangka - angka yang terletak di atas    

 b)  Penyebut     - angka yang terletak di bawah

  
5. Jenis-jenis pecahan:


    (i) Pecahan wajar - pengangka lebih kecil daripada penyebut.
        
Contoh: 2/3  , 5/9 , 7/9 


    (ii) Pecahan tak wajar - pengangka lebih besar daripada penyebut.
        
 Contoh: 5/3  ,  7/5 , 4/3 


    (iii) Pecahan setara - dua pecahan yang sama nilainya.
         
 Contoh: 3 / 5  setara dengan 6 / 10

                  1 / 2 setara dengan 2 / 4

     , 

Penambahan Pecahan Wajar tahun 4.wmv

Pecahan Setara.wmv

Friday, 9 December 2011

10 BUDAK HITAM- BERSERONOK SAMBIL MENGIRA

PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN INTEGER


            Integer
                Integer ialah nombor bulat yang mengandungi nombor positif, nombor 
                 negatiF dan sifar.
                Misalnya:
                        -5, -4, -3, -2, -1, 0, 1, 2, 3, 4, 5 ...
           
1.
Penambahan dengan integer positif adalah gerakan ke kanan pada
garis nombor.
Contohnya : -1 + 3 = 2  
2.

Penambahan dengan integer negatif adalah gerakan ke arah kiri pada
garis nombor.
Contohnya : 1 + (-4) = -3


3.
 Untuk menambah dua integer yang sama tanda, tambahkan kedua-dua
digit.

Tanda pada jawapannya adalah sama dengan tanda pada integer-integer yang
ditambahkan.
a) -5 + (-6) = -11
b) 8 + 7 = 15

4.
Untuk menambah dua integer yang berlainan tanda, cari beza nilai digit

kedua-dua digit itu. Tanda pada jawapannya adalah sama seperti tanda pada
integer yang nilai digitnya lebih besar.
a) -13 + 5 = -8
b) 26 + (-19) = 7
5.

Penolakan integer ialah proses mencari beza di antara dua integer.
Beza tersebut dikira dengan menolak integer kedua daripada integer pertama.